Saturday, July 3, 2010
Mayangsari Resort, Dungun, Trg.
Terletak lebihkurg 5km dari Uitm,Trg. Tepi pantai.Kami menyewa di Pool Villa dimana ada 2 bilik, gazebo, kolam ikan dan swimming pool. Ianya privacy krn di sekelilingnya di pagari dgn dinding batu.Sedikit terkilan krn tak dpt melihat pantai dari bilik.Jika hendak ke pantai, terpaksa melintas jln.Walaubagaimanapun bila mlm, cahaya bulan dan lampu ditiang gazebo dan didlm kolam, menyerlahkan suasana damai dan nyaman. Masih terbayang suasana itu.Berbyk terimakasih kpd suami krn kali ini setuju utk ke Dungun. Dptlah melepas rindu setelah hampir 22 thn ditinggalkan.Memang byk perubahan yg ketara. Memang dah tak kenal bandar Dungun dan ITM, Trg.Bukan itu saja, perubahan mula dpt dirasai apabila kami melalui Petronas, Paka.Kerteh sudah jauh berubah. Terdpt shopping mall, sekolah, kedai2 dan kawasan perumahan. Perubahan itu hinggalah ke bandar Dungun.Saya memg terpaku dan baru sedar bhw sudah lama saya tinggalkan Dungun yg dulunya sunyi sepi. Kalau 22 thn dulu saya suka melihat api yg menjulg tinggi dari stesen penjanaan petrolium di Kerteh. Biasanya saya akan naik bas mlm utk ke KL. Saya masih dpt menikmatinya walaupun di siang hari pula kali ini. Walaubagaimanapun cuti kali ini memg percutian yg saya nanti2kan sekian lama.
Monday, June 14, 2010
Anak itik yg hodoh....
Akulah anak itik yg hodoh itu, 44 thn yg lepas. Seingat aku, tiada kenangan yg manis.Cuma patukan demi patukan yg aku terima. Ketika menulis ini pun hati terasa terhiris,sakit,pedih,pilu...
Selepas remaja dan aku cukup percaya dan nyakin semuanya dari Allah yg Maha Mendengar dan Mengetahui.Aku ditukarkan menjadi angsa yg cantik dan boleh terbang tinggi. Alhamdulillah.
Bukan lupa pd rumput di bumi tapi agaknya belum masanya lagi.Allah kan menentukan segala2nya.Mudah2an aku tidak lupa diri dan dpt menyesuaikan dan membawa diri dgn anugerah yg diberi.
Tidak pernah ku lupa roda sentiasa berputar, ada masa di atas, ada masa di bwh.Mudah2an masa aku 'di bwh' nanti bukanlah masa yg teruk. Cukuplah sekadar utk mengingati siapa sebenarnya diri-tetap 'anak itik yg hodoh itu'......
Selepas remaja dan aku cukup percaya dan nyakin semuanya dari Allah yg Maha Mendengar dan Mengetahui.Aku ditukarkan menjadi angsa yg cantik dan boleh terbang tinggi. Alhamdulillah.
Bukan lupa pd rumput di bumi tapi agaknya belum masanya lagi.Allah kan menentukan segala2nya.Mudah2an aku tidak lupa diri dan dpt menyesuaikan dan membawa diri dgn anugerah yg diberi.
Tidak pernah ku lupa roda sentiasa berputar, ada masa di atas, ada masa di bwh.Mudah2an masa aku 'di bwh' nanti bukanlah masa yg teruk. Cukuplah sekadar utk mengingati siapa sebenarnya diri-tetap 'anak itik yg hodoh itu'......
12/6/1966 - 12/6/2010
Terimakasih kerana meraikannya.Tambah2 lagi semua anak2 ada.Itulah hadiah yg paling bermakna.Buat suami tersayang....bila dengar lagu 'Ku Ada Kamu' dari Adira ni, hati tersentuh... Bait2nya.... Jikalau ku kehilangan didlm kegelapan kau suluhkan sinar petunjuk
Jikalau ku kesedihan
kau ukirkan senyuman
dgn tabah sabar memujuk
engkau mengampu tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
kau kan menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
tak kan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tikala aku tak pasti
kau tampil dgn berani
membimbing agar lebih nyakin
dan bila timbul persoalan
kau berikan jawapan
melengkap semua kekurangan
tidak mungkin diri ini mampu
hidup tanpa doronganmu
Jikalau ku kesedihan
kau ukirkan senyuman
dgn tabah sabar memujuk
engkau mengampu tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
kau kan menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
tak kan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tikala aku tak pasti
kau tampil dgn berani
membimbing agar lebih nyakin
dan bila timbul persoalan
kau berikan jawapan
melengkap semua kekurangan
tidak mungkin diri ini mampu
hidup tanpa doronganmu
Monday, May 24, 2010
Salah siapa...
Kejadian yg tak di ingini berlaku pd anak2 kita sebenarnya patut disalahkan pd siapa. Anak2 kecil memang mudah terdedah pd bahaya setiap masa.Walaupun kita cuba menghindarinya tapi malang tak berbau. Walaubagaimanapun kita perlu prihatin dan peka dgn keadaan sekeliling mereka. Selagi mereka di depan mata kita, awasilah mereka sebaik mungkin. Janganlah terlalu mengharapkan pembantu rumah sepenuhnya. Mungkin kerana sudah biasa semuanya diharap pd pembantu, perkara yg blh dielak tapi mengundang bencana.Fikir2kanlah...
Thursday, April 29, 2010
Senaman Qi Gong
Seronok dpt mempelajarinya...walaupun baru pertama kali.Rasanya seperti Tai Chi. Walau pun slow gerakannya tapi berpeluh! Banyak guna pernafasan diperut. Elok utk kempiskan perut.Terimakasih pd Datin Norma yg sudi mengajarkannya. Inilah aktiviti yg paling bermanafaat yg saya dpt dari kempen Love Thy Neighbour. InsyaAllah jumpa lagi setiap minggu dipadang...sambil2 sihatkan badan dpt rapatkan hubungan sesama jiran.
Thursday, April 22, 2010
Permata hati...
Putera-puteri mak yg mak sygi...tiada apa yg dpt ditukar ganti kasihsyg mak pd kalian semua.Baik lelaki maupun perempuan syg mak sama saja.Baik anak yg sulung maupun bongsu syg mak sama saja.Kalianlah harta mak dunia akhirat.Kalian makin membesar dan mak akui tergoyah jua kesabaran dihati. Bila kalian punya anak nanti mungkin kalian akan dpt memahaminya.Doa mak kejayaan akan tetap milik kalian dunia dan akhirat. Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)