Monday, June 14, 2010

Anak itik yg hodoh....

Akulah anak itik yg hodoh itu, 44 thn yg lepas. Seingat aku, tiada kenangan yg manis.Cuma patukan demi patukan yg aku terima. Ketika menulis ini pun hati terasa terhiris,sakit,pedih,pilu...
Selepas remaja dan aku cukup percaya dan nyakin semuanya dari Allah yg Maha Mendengar dan Mengetahui.Aku ditukarkan menjadi angsa yg cantik dan boleh terbang tinggi. Alhamdulillah.
Bukan lupa pd rumput di bumi tapi agaknya belum masanya lagi.Allah kan menentukan segala2nya.Mudah2an aku tidak lupa diri dan dpt menyesuaikan dan membawa diri dgn anugerah yg diberi.
Tidak pernah ku lupa roda sentiasa berputar, ada masa di atas, ada masa di bwh.Mudah2an masa aku 'di bwh' nanti bukanlah masa yg teruk. Cukuplah sekadar utk mengingati siapa sebenarnya diri-tetap 'anak itik yg hodoh itu'......

No comments:

Post a Comment