Thursday, April 29, 2010
Senaman Qi Gong
Seronok dpt mempelajarinya...walaupun baru pertama kali.Rasanya seperti Tai Chi. Walau pun slow gerakannya tapi berpeluh! Banyak guna pernafasan diperut. Elok utk kempiskan perut.Terimakasih pd Datin Norma yg sudi mengajarkannya. Inilah aktiviti yg paling bermanafaat yg saya dpt dari kempen Love Thy Neighbour. InsyaAllah jumpa lagi setiap minggu dipadang...sambil2 sihatkan badan dpt rapatkan hubungan sesama jiran.
Thursday, April 22, 2010
Permata hati...
Putera-puteri mak yg mak sygi...tiada apa yg dpt ditukar ganti kasihsyg mak pd kalian semua.Baik lelaki maupun perempuan syg mak sama saja.Baik anak yg sulung maupun bongsu syg mak sama saja.Kalianlah harta mak dunia akhirat.Kalian makin membesar dan mak akui tergoyah jua kesabaran dihati. Bila kalian punya anak nanti mungkin kalian akan dpt memahaminya.Doa mak kejayaan akan tetap milik kalian dunia dan akhirat. Amin...
Salam perkenalan...
Saya memang suka menulis. Sejak dari zaman sekolah lagi. Tapi bila dah kahwin,sibuk dgn anak2 dan urusan rumahtangga, ianya sedikit terabai. Namun saya luangkan juga sedikit masa mencoretkan luahan hati dikertas walaupun ianya tidak ditujukan pd sesiapa.Mulai hari ini akan saya coretkan sesuatu dilaman ini.Sebelum itu saya ingin meminta maaf pd suami dan anak2 andai nya ada perkara yg disentuh tidak menyenangkan hati.
Saturday, April 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)